SELAMAT DATANG KE ULYA HEARTY COUTURE !

Monday 13 May 2013

Dunia Baruku

Hari ni bermula lah suatu fasa baru dalam hidupku di sebuah syarikat baru dikenali sebagai ACE Sdn Bhd. Kalau dulu kerjaku sebagai ahli Geologi banyak di dalam makmal saja, kali ni kehidupan ahli Geologi ini tertumpu pula di site yang mengalami kegagalan cerun atau secara umumnya dikenali sebagai tanah runtuh.

Walau bagaimanapun, bisnes tetap berjalan seperti biasa. Hujung minggu ni satu lagi set lengkap Premium Beautiful insyaAllah akan dihantar ke seorang kawan yang sedang belajar di Indonesia. Terima kasih Allah murahkan rezeki! Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 punca rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah permudahkanlah dan berkatilah segala urusan kami 
dan murahkanlah rezeki kami, amin!

USHZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...