SELAMAT DATANG KE ULYA HEARTY COUTURE !

Tuesday 16 July 2013

Tiada Lagi Masalah Pangkal Rahim !


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera semua!

Rasa macam dah lama sangat tak menulis blog ni. Tapi malam ni tergerak hati nak menulis sebab terlalu gembira nak kongsikan satu pengalaman berharga daripada seorang sahabat selepas sebulan menggunakan korset PB.


Biasalah masalah dan dugaan yang Allah bagi pada setiap individu tu berbeza-beza. Nak dijadikan cerita seorang sahabat saya ni, dia masih belajar lagi, nun jauh di perantauan. Bakal doktor tu, insyaallah. Hehe. Dalam beberapa tahun kami tak dapat berhubung mungkin sebab masing-masing sibuk dengan masa belajar masing-masing, sampai satu masa tu kami bertemu balik dalam Facebook. Tapi masa tu baru-baru bukak akaun Skype, so rasa macam lagi seronok gunakan Skype. Lebih privacy. Hihi. Kami mula berhubung dan kembali akrab semula. Indahnya ukhwah. Hehe. Masa tu la masing-masing tanyakan perkembangan kehidupan masing-masing, daripada keluarga, hal pelajaran, teman tapi mesra, sampai la hal-hal kesihatan. 

Dia sangat cantik, kecil je orangnya, sangat cerdik pandai, tapi sayangnya dia ada masalah dengan rahimnya. Rahim organ yang begitu sensitif, penting dan berharga bagi wanita untuk melahirkan zuriat dan keturunan, bukan? Sedih sekali bila diberitahu yang rahimnya jatuh dan kadang-kadang pendarahan berlaku keluar dari vaginanya. Kesusahan yang dialami usah ditanya. Sakit, pedih, nyilu terasa seksa sekali. Lagi-lagi masih belajar, pergerakan yang sepatutnya perlu aktif menjadi amat terbatas. Saya ada juga menasihatinya supaya berurut, tetapi rupanya berurut tu dah jadi makanan dia setiap kali pulang ke Malaysia. Tapi kesannya masing kurang memuaskan. Sakitnya masih lagi ada, sehinggakan dia rasa takut untuk mengunjungi alam rumah tangga walaupun pada masa itu dia telah mempunyai teman dan ada perancangan untuk berumah tangga.

Masa tu saya hanya boleh menjadi pendengar terbaik buatnya. Bagi kata-kata semangat kepadanya, sehinggalah saya bertemu dgn produk unggul korset Premium Beautiful, atau nama komersialnya iaitu PB, pada akhir tahun lepas. Itu pun setelah diperkenalkan oleh rakan seperjuangan satu kursus di universiti dulu. Terlalu banyak kelebihan produk ini, ia dibuktikan oleh pengalaman hebat testimoni-testimoni penggunanya. Jadi saya pun berasa tertarik utk mencuba, dan juga mengesyorkan kepada sahabat saya ni. Saya sendiri juga telah mengalami pengalaman yg sangat hebat selepas sebulan menggunakan produk ini. Alhamdulillah!


Setelah sebulan sahabat saya menggunakan PB, saya mula bertanyakan dia kesan dari penggunaan PB ini terhadap masalah yg dia alami. 
...
"Macam mana sekarang? Lepas pkai PB sebulan, improve tak sakit tu?" (Masa tu rasa sgt risau menunggu apalah jawapan dia nanti) 
...
"Ada Uya. Alhamdulillah tak sakit dah! Tak rasa lagi benda-benda keras kat bahagian bawah, takde bengkak dah, kalau tak selalu rasa berat kat bahagian bawah ni."
...
"Wah Alhamdulillah! Rasa sakit lagi tak? Bleeding macam mana?" 
...
"Takde dah Uya, Alhamdulillah! Selalu rasa keras urat kat bahagian bawah tu tapi sekarang dah ok!" 
...
Masa tu saya sangat bersyukur Alhamdulillah dan sangat gembira. Kuasa Allah nak izinkan saya bertemu dengan PB ni dan mengesyorkan kepada sahabat saya ni. Semua kuasa Allah dan rezeki darirNya. Yang paling lucu dia ada bagi tahu lagi, 
...
"Dan satu lagi Uya, rasa tak buncit dah!" 
... 
Hehe itu sudah pasti! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah! Semoga dia terus sembuh, rahimnya kembali normal dan kesihatannya Allah kekalkan, aminnnn.

Bagi sahabat-sahabat di luar sana terutamanya wanita yang masih ada masalah period pain, masalah rahim, sudah mengeluarkan modal yang banyak untuk mendapatkan zuriat tetapi masih tiada hasilnya, buncit dan sebagainya, semoga terbuka hati untuk mencuba. Mungkin ini usaha terakhir kita untuk mendapatkan sesuatu yang besar iaitu kesihatan yang berpanjangan. Dengan jaminan Super Brand & Lifetime Warranty, pelaburan anda tidak akan sia-sia. Pilihan di tangan anda sama ada ingin terus melabur sebulan hingga RM300-500 untuk sesuatu ubatan atau hanya sekali seumur hidup melabur sebanyak RM2400+ tapi kesannya memberangsangkan, insyaAllah!

Sila hubungi saya untuk mendapatkan set lengkap korset Premium Beautiful anda sekarang selagi PROMOSI HARI RAYA masih ada! Salam Ramadhan 1434H kepada semua! :)


♥USHZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...