SELAMAT DATANG KE ULYA HEARTY COUTURE !

How To Use

CARA PENGGUNAAN
Cara penggunaan PB terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu cara pemakaian, cara pembasuhan, penjemuran dan penyimpanan. Kaedah-kaedah yang akan diterangkan ini amat penting bagi pengguna-pengguna sekalian agar produk PB ini bolah digunakan secara optimum dan berkesan, seterusnya dapat digunakan untuk jangka masa yang lama.

Cara Pemakaian  
Bagi pengguna PB yang baru, sila fahami cara-cara pemakaian berikut dengan teliti. Harus diingatkan supaya permulaan pemakaian PB ini mungkin sukar kerana PB baru anda masih lagi ketat. Anda harus bersabar dalam menggunakannya kerana anda akan terbiasa dengannya dan rasakan sendiri hasilnya hari demi hari anda menggunakan produk PB ini insyaAllah. 

1. Pemakaian Long Girdle  

 
  • Lipatkan bahagian pinggang dan kaki seluar dalam. 
  • Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa. 
  • Tarik ke atas dengan teliti. (kuku yang panjang dan tarikan yang kuat boleh merosakkan seluar dalam anda) 
  • Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas. 
  • Perbetulkan kedudukannya agar selesa. 
TIPS: Kaki hendaklah dibuka lebih besar, seperti membuat kekuda, lompatan dan jogetan yang minima juga dapat membantu pemakaian. 

2. Pemakaian Long Bra  

 
  • Tundukkan badan lebih kurang 45 darjah ke bawah dan sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua daging payudara masuk cantik ke dalam cup bra) 
  • Lekatkan cangkuk di bahagian belakang 
  • Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra)
  • Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa. 
  • Betulkan kedudukan bra 
TIPS: Kebiasaan bagi pengguna baru iaitu mengalami kesukaran untuk memakainya kerana long bra yang masih ketat lagi. Bantuan daripada teman lain mungkin dapat memudahkan pemakaian. Cara lain: Menggunakan kain batik atau apa-apa jenis kain dahulu secara berkemban, kemudian cangkuk di depan dahulu kemudian pusingkannya ke belakang. 

3. Pemakaian Waist Nipper  

 
  • Letakkan rama-rama diamond di tengah dada 
  • Lekatkan kesemua cangkuk (lazimnya di tulang rusuk kiri badan) 
  • Betulkan kedudukannya 
  • Tarik tali pelaras 
  • Tahan nafas dan cangkukkan ke depan 
  • Pastikan ianya selesa 
TIPS: Pastikan bahagian tali yang kat belakang tu selari dengan tulang belakang kita.

Cara Pembasuhan & Penyimpanan
Pemakaian PB yang ideal ialah selama 8 jam sehari. Seterusnya apabila PB telah ditanggalkan, basuhlah ia secara manual dengan menggunakan tangan dan kemudian dijemurkan di bawah bumbung sahaja. Elakkan daripada pembasuhan menggunakan mesin kerana dikhuatiri materialnya yang sensitif akan rosak, manakala jemuran di bawah matahari pula boleh merosakkan teknologi FIR yang terdapat di dalam PB ini. 


Saya mengesyorkan anda menggunakan PB NATURAL WASH yang dihasilkan khusus untuk pembasuhan PB, supaya PB anda dapat digunakan dengan lebih lama dan berkesan. 

Selamat mencuba!

USHZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...