SELAMAT DATANG KE ULYA HEARTY COUTURE !

Products

PRODUK-PRODUK

1. Korset Premium Beautiful
Sejak kebelakangan ini semakin banyak produk kesihatan dan kecantikan keluar di pasaran. Produk-produk seperti makanan dan minuman supplement, losyen, krim, korset, malah spa dan juga slimming centre semakin banyak boleh dilihat di ruang-ruang iklan dan di pasaraya. Namun begitu, tidak semuanya menjanjikan kepuasan kepada penggunanya. Persoalan-persoalan yang mesti terlintas di fikiran ketika membeli produk tersebut ialah seperti:
  • Apakah kebaikan dan keburukan produk tersebut?
  • Adakah sukar untuk menggunakannya?
  • Adakah ia boleh digunakan untuk jangka masa yang lama?
  • Adakah kesannya boleh dilihat dalam masa yang cepat?
  • Adakah kesannya berkekalan?
  • Adakah berpatutan harganya?
  • Siapakah yang boleh dibuat sebagai rujukan?
  • Bolehkah dipercayai testimonial pengguna-penggunanya? 
        ..dan bermacam-macam lagi
Kini anda tidak perlu lagi risau dengan semua persoalan itu kerana produk Premium Beautiful (PB) yang merupakan korset no.1 di Malaysia, dipercayai oleh semua penggunanya termasuklah penyanyi kesayangan negara, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin. Anda boleh google sendiri VVIP lain yang menggunakan PB ini.

Info lain mengenai PB di sini.

2. Premium Beautiful Natural Wash
Premium Beautiful Natural Wash ini dihasilkan khas untuk cucian korset Premium Beautiful dan turut sesuai untuk pakaian-pakaian eksklusif lain. Ia terdiri daripada sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dan kaya dengan vitamin. Ianya lembut pada tangan, selamat digunakan, tidak meninggalkan kesan sisa dan mesra alam. 

Apakah keistimewaan Premium Beautiful Natural Wash? 
Ia merupakan sebatian ekstrak tumbuhan semulajadi yang terpilih dan kaya dengan vitamin. 

Adakah Premium Beautiful Natural Wash sesuai untuk semua jenis pakaian? 
Ya. Ia sesuai untuk korset Premium Beautiful dan pakaian-pakaian eksklusif lain. 

Apakah bau Premium Beautiful Natural Wash? 
Bau haruman bunga-bungaan. 

Kelebihan Premium Beautiful Natural Wash
  • Pakaian lebih bersih, lembut dan memberi bau haruman yang menyegarkan.
  • Pakaian tidak mengecut, meregang mahupun luntur warna.
  • Lembut pada fabrik dan tidak meninggalkan kesan berminyak di permukaan pakaian.
  • Haruman bunga-bungaan akan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

Cara Penggunaan
  • Cuci dengan menggunakan tangan dan tanpa menggunakan mesin basuh. Suhu air di antara 30°C-40°C.
  • Tuangkan 1-2 penutup botol Natural Wash ke dalam air dan rendamkan PB ke dalam air selama 15 minit. Jangan menggunakan bahan peluntur yang mengandungi klorida.
  • Bersihkan PB secara lembut pada bahagian yang kotor.
  • Bilas sekurang-kurangnya 3 kali dengan air bersih.
  • Jangan perah PB anda sebaliknya gunakan tuala yang kering untuk menyerap semua kandungan air yang terdapat pada pakaian dalam tersebut.
  • Kemaskan bentuk PB tersebut kepada bentuk asal.
  • Keringkan PB anda di tempat yang berangin dan kering. Hindarkannya dari pancaran matahari.
  • PB tidak boleh diseterika.
  • Simpan dengan kemas setelah ia kering.

3. Marine Essence Beauty Bar
Selain daripada korset PB, Marine Essence Beauty Bar juga merupakan produk yang baik untuk kecantikan kulit. Terkenal sebagai SABUN KETIAK dikalangan pengguna-penggunanya, Marine Essence Beauty Bar ini ternyata boleh menjaga kulit anda daripada pelbagai penyakit. Ia dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkayakan dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda. Marine Essence Beauty Bar memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa bagai sutera apabila disentuh. Diinspirasikan daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Marine Essence Beauty Bar pasti merangsang anda untuk menggunakannya setiap hari!

Bahan-Bahan Utama

Cara Penggunaan
Basahkan sabun sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit sehingga rata. Bilaskan dengan air sehingga bersih.

Cara Penyimpanan

Simpan di tempat dingin dan kering. Letak di tempat yang kering selepas digunakan.

PERHATIAN: Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air. Sekiranya ruam atau kegatalan pada kulit berlaku, hentikan penggunaannya serta-merta.


♥USHZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...