SELAMAT DATANG KE ULYA HEARTY COUTURE !

Monday 27 May 2013

Paman Amy ♥ Cik Ana

Assalamualaikum semua!

Hujung minggu cuti sekolah ni macam biasa la ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan. Saya pun banyak dapat jemputan untuk ke majlis walimah rakan-rakan. Tapi semua tak dapat saya hadiri sebab pakcik bongsu saya sorang ni pun nak berkahwin jugak! Hee. Jadi mula daripada hari Khamis lagi dah mula gotong-royong rewang di kampung Atok dan Nenek untuk majlisnya yang berlangsung semalam. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sampai siap dikemaskan semuanya.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Paman Amy dan Cik Ana! Semoga kekal bahagia melayari bahtera perkahwinan, tabah menghadapi suka dan duka bersama hingga ke akhir hayat, kekal sampai ke syurgaNya, amin ya Rabb! Terimalah hadiah yang besar gedabak walaupun tak seberapa daripada kami adik beradik. Hehe.
Alhamdulillah selesai semua adik-beradik Mama dah kahwin. Adik beradik Abah pulak ada lagi dua orang yang masih bujang. Cik Ulya ni bila pulak? Jeng Jeng Jeng~ :D
Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya untuk menujuku
Pertemukanlah kami dlm sebaik-baik pertemuan tuk menuju redhaMu
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba-hambaMu
Dan Engkau jua yang berkuasa membolak balikkannya

Ya Rabb,
Jika dia jauh,mohon dekatkanlah
Eratkan hati kami dlm ikatan keranaMu
Tautkan hatiku dengan hatinya
Yang sama-sama mengharap & mendamba

Sebuah keinginan menuju redhaMu

Ya Allah Yang Maha Pecinta,
Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya
Teguhkan imannya
Tegarkan penantiannya

Ya Rabb Sang Pemilik Hati,
Jikalau hatiku Kau ciptakan untuk dia
Penuhi hatinya dengan kasihMu
Terangi langkahnya dengan cahayaMu
Limpahkan kelapangan di kalbunya dengan kesabaran
Temani dia dalam kesepian

Ya Tuhan
Pemilik Cinta Sejati,
Tiada tempat kubersandar selain padaMu
Kutitipkan cintaku padaMu untuknya
Kutitipkan sayangku padaMu untuknya
Kutitipkan rinduku padaMu untuknya
Mekarkan cintaku bersama cintanya
Satukan hidupku & hidupnya dalam cintaMu

Ya Allah Ya Rabbi,
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri
Pasti kebahagiaan itu aku dapati
Mohon beri aku kekuatan dan
kesabaran dlm penantianku

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku
Agar kami sama-sama berjamaah untuk tetap menujuMu
Bimbinglah hati kami, kuatkan hati kami
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayangMu


Amin ya Rabbal alamin
♥USHZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...