SELAMAT DATANG KE ULYA HEARTY COUTURE !

Sunday 19 May 2013

Happy Weekend Everyone !

Assalamualaikum & Good Morning all!

Start your day with a beautiful smile, because it can turn your day 360 degree into very good mood, positive thinking and environment! lalala~ Harap semua kawan-kawan bertambah sihat dengan pemakaian set PremiumBeautiful masing-masing secara berdisplin dan berterusan. 


Hari Ahad inilah satu-satunya hari cuti saya dalam seminggu. Alhamdulillah. Dapat pulang bercuti di kampung untuk rehatkan badan yang tak berapa sihat ni kerana gigih kerja 6 hari seminggu di site yang panas. Sebenarnya kalau nak dikongsikan tugas sebagai ahli geologi tegar ni, memang sangat meletihkan, menyakitkan badan dan melenguhkan urat-urat sendi. Mana tak nya. Naik turun bukit, panjat longkang belakang rumah org, redah semak samun, masuk hutan, berjemur di tengah panas dan hujan. 

Bertarung nyawa jugalah dengan alam semula jadi ni semata-mata untuk periksa kestabilan cerun. Jika ada kegagalan pada cerun tersebut, saya dan teammate akan buat laporan dengan terperinci. Semua ni untuk kemaslahatan kita bersama pada masa akan datang. Bagus tak tugas geologi ni? Haha. Dengar macam bagus. Insyaallah bagusla tu. Maklumlah zaman sekarang ni pembangunan tengah pesat dan sangat pantas sehinggakan pemaju kurang prihatin akibat dan kesan yang akan terjadi apabila sesuatu pembangunan itu dilakukan berhampiran atau di atas cerun tanpa merawat cerun itu terlebih dahulu.

Tetapi rahsia saya kekal cergas dan kurang mengalami sakit-sakit badan, lenguh-lenguh tulang belulang dan sendi ni ialah kerana saya selalu sokong tubuh badan saya dengan menggunakan korset Premium Beautiful (PB) yang lengkap! Anda mesti ingat ia amatlah merimaskan, kan? Tetapi tekaan anda amatlah silap sama sekali. Sesuai dengan kerja lasak yang saya buat ni setiap hari, pemakain PB ini lebih meringankan badan saya untuk bergerak ke sana sini. Waist nipper yang berfunsi menyokong tulang belakang saya apabila perlu memanjat atau mendaki walaupun berpeluh sbb berpanas, namun fabriknya sangat selesa dan tidak gatal pada kulit. 

Jadi kesimpulannya memang cepatlah saya kurus! Haha. Aktiviti kerja saya memang ternyata dapat membakar lemak ditambah pula dengan fungsi PB itu sendiri yang dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dan cepat membakar lemak. Postur badan pula dah semakin cantik terbentuk dengan jayanya. Hasil selama lebih 6 bulan penggunaan PB. Hehe alhamdulillah. Jadi kawan-kawan apa tunggu lagi? Dapatkan set PB anda segera untuk kekal sihat, cantik berseri dan anggun menawan! :)

Semoga Allah sentiasa memelihara dan melindungi kita semua, amin. Jumpa lagi!

USHZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...