SELAMAT DATANG KE ULYA HEARTY COUTURE !

Sunday 23 June 2013

Diamond Night 2013

Assalamua'laikum & Selamat Sejahtera rakan-rakan kongsi saya sekalian !


Waahhh belum apa-apa dah rakan-rakan kongsi, kan? Hehe. Takpelah, satu doa jugak insyaAllah. Hopefully semua yang setia membaca blog ni akan berminat untuk membuat anjakan paradigma pada diri sendiri, mula memajukan diri dengan cara berniaga :)

Dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w. pun ada menyebut, "9 daripada 10 punca rezeki itu adalah daripada perniagaan", menunjukkan Rasulullah sendiri menggalakkan umatnya untuk berniaga. Insyaallah mudah-mudahan dengan usaha yang berterusan, doa yang tanpa jemu disertakan dengan tawakkal, kita akan mendapat faedah yang setimpal, aminnnn.

Hujung minggu ini sangatlah penat, tapi sangat happy jugak, OK! Hehe. Semalam ada Diamond Night, majlis makan malam dengan orang-orang hebat. Dah tentunya makan pun hebat jugak. Hee. Pagi tadi pulak jumpa kawan lama drpd sekolah menengah dulu, kongsi pasal produk hebat iaitu korset Premium Beautiful (PB) dan sedikit sebanyak pasal bisnes, kemudian..makan lagi. Petang tadi pulak ada farewell party untuk cik Nabila yang comel sama-sama dengan kawan sekerja masa kat Soil Instruments dulu..pun makan lagi! haha.

Kesimpulannya seronok makan je lah dua hari ni. Murah rezeki الْحَمْدُلِلَّه ! :D






P/S: Jangan lupa pakai penutup hidung ye rakan-rakan semua. Jerebu semakin teruk ni. Saya pun dah terbatuk-batuk ni asap merata tempat. Harap-harap company bagi la cuti seminggu dua ni. At least buat kerja kat office pun jadik lah. Hehehe.

♥USHZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...