SELAMAT DATANG KE ULYA HEARTY COUTURE !

How To Order

CARA MEMBUAT TEMPAHAN

Bagaimana Untuk Menempah Premium Beautiful? 
Bagi yang berminat untuk membuat pesanan PB sama ada melalui pos atau cash-on-delivery (COD), di sini saya akan tunjukkan cara pengukuran yang betul untuk mengetahui saiz PB yang tepat.

Cara Pengukuran
Untuk set lengkap PB iaitu termasuk long bra, waist nipper dan long girdle perlu ada 4 ukuran badan yang tepat. Anda boleh membuat ukuran sendiri tetapi untuk ukuran yang lebih tepat mintalah pertolongan orang lain untuk membantu anda.

1) Puncak Dada (Bust) 

GAMBAR 1: Pengukuran di Bahagian Dada
Bagi mengetahui saiz long bra, anda perlu mengukur puncak dada. Pastikan tali ukur betul-betul berada di atas puting payudara seperti dalam GAMBAR 1. Pastikan tali di belakang tidak kendur. Jangan terlalu ketat atau longgar. Sila pastikan pengukuran dalam unit sentimeter (cm).

2) Bawah Dada (Underbust) 

GAMBAR 2: Pengukuran di Bahagian Bawah Dada
Pengukuran ini adalah untuk mengetahui saiz cup untuk long bra. Letakkan tali ukur di bawah payudara seperti dalam GAMBAR 2. Unit ukuran dalam sentimeter (cm).

3) Pinggang (Waist) 

GAMBAR 3: Pengukuran di Bahagian Pinggang
Bagi mengetahui saiz waist nipper dan long girdle, saiz pinggang dan pinggul perlu diukur. Letakkan tali di pinggang dan pastikan tali berada tepat pada pusat (seperti yang ditunjukkan dalam GAMBAR 3). Perhatikan juga tali ukur di bahagian belakang. Pastikan tali ukur tidak kendur. Ukuran yang diambil hendaklah dalam unit sentimeter (cm).

4) Punggung (Hips) 

GAMBAR 4: Pengukuran di Bahagian Depan
GAMBAR 5: Pengukuran di Bahagian Belakang
Pengukuran ini adalah untuk mengetahui saiz long girdle. Letakkan tali ukur betul-betul di atas punggung anda (seperti dalam GAMBAR 4 dan GAMBAR 5). Ukuran yang diambil mestilah dalam unit sentimeter (cm).

Pastikan semasa mengukur tali ukur tidak terlalu ketat atau longgar. Ukuran yang tepat akan menentukan saiz Premium Beautiful yang tepat.

Cara Menghubungi
Apabila telah selesai proses pengukuran atau masih ada kemusykilan dan pertanyaan lain, sila hubungi saya (Cik Ulya) di bahagian CONTACT US.

Selamat mengukur!

USHZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...