SELAMAT DATANG KE ULYA HEARTY COUTURE !

Tuesday 21 May 2013

Selamat Pengantin Baru !

Alhamdulillah semalam dapat hantar satu lagi set lengkap Premium Beautiful bersama dengan PB Wash kepada kawan yang berada di Kedah. Pertama kali menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Gigih juga ambil stok pada kawan, beli pembalut, bungkus PB dalam kereta dan pergi ke pejabat pos. Heee maaflah bungkusan tak cantik sangat. Semoga selamat sampai ke tangan penerimanya, cik (bakal Puan) Faiza. Hehe.


Selamat pengantin baru diucapkan kepada Faiza yang akan melangsungkan perkahwinannya minggu depan. Uya minta maaf sebab tak dapat hadirkan diri ke majlis tu kerana komitmen kerja di sini. Semoga bertambah cantik memakai PB di hari bahagia nanti dan majlis juga berjalan dengan lancar. Dan semoga ikatan perkahwinan yang terbina juga berkekalan sehingga ke anak cucu, dan sampai ke syurgaNya insyaAllah! :)


USHZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...