SELAMAT DATANG KE ULYA HEARTY COUTURE !

About PB

MENGENAI PREMIUM BEAUTIFUL

Teknologi Reka Cipta 
Premium Beautiful (PB) merupakan produk korset yang direkacipta dan dihasilkan melalui gabungan kepakaran dari bidang sains dan teknologi di peringkat antarabangsa iaitu Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, China dan Taiwan. Produk PB ini mempunyai terapi berbentuk teknologi Far Infrared Rays (FIR). Rekabentuk stereoskopik sinar inframerah jauh berdasarkan potongan rangka badan manusia ini berfungsi: 
  • Mendorong peredaran darah dan proses metabolisme 
  • Kuasa serapan yang baik - sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama. 
  • Kuasa regangan dalam semua hala - dapat diregangkan secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya. 
  • Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada. 

Antara kelebihan Premium Beautiful ialah: 
  • Menjaga postur & tulang belakang. 
  • Mengurangkan selulit yang hodoh pada kulit. 
  • Menyahtoksinkan badan. 
  • Meningkatkan peredaran darah. 
  • Meningkatkan sistem pernafasan. 
  • Mengawal tempoh aliran & menghapuskan period pain. 
  • Menghilangkan keputihan. 
  • Membantu mengurangkan gastrik. 
  • Membantu kehamilan, kerana terdapat testimoni daripada pelanggan yang berjaya hamil setelah mencuba produk ini. 
  • Mengembalikan bentuk badan yang cantik seperti sebelum mengandung.
 
Set Premium Beautiful
Secara umumnya, produk korset Premium Beautiful ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu LONG BRA, WAIST NIPPER dan LONG GIRDLE. Ketiga-tiga bahagian ini direka dengan teliti menggunakan teknologi FIR yang ternyata membantu dalam membentuk tubuh badan yang ideal dan sihat.  

1. Long Bra (Coli Panjang) / Short Bra (Coli Pendek)
Long Bra digunakan untuk membentuk bahagian atas badan wanita. Ianya terdiri daripada:
  • Cawan coli - mempunyai tiga keping jahitan stereoskopik yang dapat menolak ke atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada. 
  • Rawan keluli memori - menetap dan menyokong buah dada. 
  • Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli - menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada. 
  • Dua batang keluli - berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan. 
  • Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli - menutup bahagian belakang badan, menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang, mengatasi masalah saiz badan yang besar. 
  • Rekaan bentuk ' U ' pada bahagian belakang coli - bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan menambah kontur bahagian belakang. 
  • Rekaan 3 pasang cangkuk - membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai. 
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama - menonjolkan keunggulan produk. 
2. Waist Nipper (Bengkung Pinggang) 
Waist Nipper pula digunakan bagi tujuan kecantikan dan kesihatan di bahagian tengah badan. Ianya boleh digunakan oleh lelaki dan wanita yang inginkan bentuk perut dan pinggang yang cantik dan menawan. Ianya terdiri daripada: 
  • Tujuh batang keluli memori - menyokong pinggang dan menegakkan tulang vertebra, berupaya memperbaiki postur badan ketika berdiri dan duduk. 
  • Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia - memperkuat pengagihan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut member kesan kepada pembentukan badan yang seimbang. 
  • Tali kenyal yang diimport dari Jepun - membantu menyelaraskan kontur pinggang. 
  • Rekaan yang fleksibel - menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu. 
  • Rekaan tiga pasang cangkuk - membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai. 
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama - menonjolkan keunggulan produk. 
3. Long Girdle (Seluar Dalam Panjang) 
Long Girdle pula memberikan penumpuan kepada bahagian bawah badan wanita yang dihasilkan daripada: 
  • Sebanyak 32 kepingan jahitan stereoskopik berdasarkan teori mampatan berserpihan - mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian. 
  • Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul - membetulkan pinggul yang lentur, mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna. 
  • Kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar - memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang mempesonakan. 
  • Mampatan yang tetap ke atas abdomen - mengurangkan lebihan lemak lalu memperbaiki masalah perut yang buncit. 
  • Rekaan mampatan dua lapisan - menyelaraskan lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik. 
  • Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil - memberikan keselesaan. 
  • Penggunaan renda yang fleksibel - mengelakkan perasaan tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar. 
  • Perhiasan berlian berbentuk rama-rama - menonjolkan keunggulan produk.

Fabrik Akwatek & Akwadyne 
Premium Beautiful (PB) diperbuat daripada sejenis fabrik yang berkualiti tinggi dan dijamin dapat digunakan untuk jangka masa bertahun-tahun lamanya yang dikenali sebagai Akwatek dan Akwadyne. 
AKWATEK® ialah tanda dagangan berdaftar Comfort Technologies, Inc yang dilesenkan kepada Alice Lace Co. Ltd of Taiwan.. Ia adalah poliester yang telah sedia ada dan lapisan nilon yang kondusif dalam suhu panas. Ia menggunakan tindakan penyejukan (thermoregulatory action) untuk membantu atlet kekal sama ada sejuk atau panas bergantung kepada keadaan sekeliling. Tidak seperti fabrik yang bergantung kepada tindakan kapilari, Akwatek® tidak perlu dipakai dekat dengan kulit untuk berfungsi. Akwatek® menggunakan proses yang dipanggil pengangkutan elektrokimia, yang mengubah gentian dengan mana ia dibuat secara kimia. Perubahan dalam gentian tidak boleh dihalang apabila kain itu dibasuh. Maka, Akwatek® adalah satu proses yang dipatenkan untuk kegunaan fiber, benang, atau fabrik yang terdiri daripada 100% poliester. Ianya mewujudkan fabrik berprestasi tinggi kepada atlet untuk membantu dalam perubahan suhu badan dengan pengendalian peluh.

AKWADYNE® juga ialah tanda dagangan berdaftar Comfort Technologies, Inc yang dilesenkan kepada Alice Lace Co. Ltd of Taiwan. Akwadyne® adalah kemasan yang digunakan untuk fabrik berasaskan nilon untuk membantu memanaskan atau menyejukkan badan semasa menjalankan aktiviti luar. Akwadyne® menyerap lembapan dari badan, dan mewujudkan halangan wap dan berfungsi menyejukkan badan dalam suhu yang panas, dan memanaskan badan dalam suhu sejuk. Tidak seperti kebanyakan fabrik pembawa kelembapan yang bergantung kepada pembinaan kain atau salutan kimia untuk menarik peluh dari badan, Akwadyne® mengubah struktur molekul gentian fibernya bagi menyediakan ‘magnet kimia’ yang menggunakan ciri-ciri yang wujud dalam air untuk bergerak dari badan seperti yang diperlukan. Proses yang disebut sebagai ‘Pengangkutan Elektrokimia’ ini memsisahkan dan menggerakkan molekul air dengan menggunakan caj positif dan negatif yang terkandung di dalam setiap molekul. Hasilnya, fabrik yang diperbuat daripada Akwadyne® boleh memanaskan satu kawasan badan dan menyejukkan bahagian lain.
Di dalam suhu panas, fabrik Akwatek dan Akwadyne memberikan respon secara elektrostatik, menggerakkan kelembapan dan haba yang berlebihan dari badan ke permukaan fabrik untuk dilepaskan. Fabrik menyesuaikan sifatnya dalam cuaca panas untuk membantu pemakainya menjadi sejuk dan kering. Semakin banyak peluh yang dihasilkan, semakin banyak kelembapan bergerak keluar dari badan melalui fabrik ini. Apabila berkurangan aktiviti yang dijalankan, fabrik akan bertindak mengurangkan proses penyejatan, meninggalkan satu halangan air yang berterusan antara pemakai dan fabrik. Akwatek mempunyai tiga kali keupayaan sejatan berbanding fabrik lain apabila dikenakan dengan air. Walaupun dengan lebih 125 pembasuhan, keputusan menunjukkan tiada penurunan dalam prestasi keberkesanan produk. Ujian membuktikan bahawa selepas putaran mesin basuh, air yang kekal dalam Akwatek dan Akwadyne ialah 250% kurang berbanding dengan fabrik lain yang menggunakan teknologi ketinggalan zaman. 

Secara umumnya, fabrik yang menggunakan teknologi Akwatek dan Akwadyne ini dapat memberikan keselesaan tidak kira di mana sahaja kita berada sama ada cuaca panas ataupun sejuk. Anta kelebihan teknologi ini ialah: 
  • Pencetus penyerapan yang baik dan mengalih kelembapan seperti air, bau dan wap. 
  • Berubah mengikut keadaan iklim dan cuaca. 
  • Penyejukan semulajadi dalam cuaca panas. 
  • Memanaskan badan dengan selesa semasa cuaca sejuk. 
  • Kuasa penyerapan toksid keluar dari tubuh badan.

Teknologi FIR (Far Infrared Rays) 
Menurut kajian di dalam PUB MED, penggunaan pakaian yang mengandungi nanopartikel ceramicyang memancarkan Far Infrared Rays ternyata mampu memberikan penurunan kepada ukuran badan dan jugak mampu mengurangkan kesakitan kepada pesakit. Cahaya inframerah boleh menembusi semua lapisan badan manusia seterusnya perlahan-lahan menaikkan suhu permukaan badan dan mengaktifkan fungsi sel badan. Berdasarkan kajian daripada bidang ergonomi pula, ia dapat melindungi badan daripada sinaran UV dengan berkesan serta menggalakkan peredaran darah dan meningkatkan kadar metabolisme. 

Teknologi FIR terhasil daripada cahaya inframerah yang terhasil daripada gelombang elektromagnet daripada cahaya matahari. Teknologi FIR yang disulami pada korset PB ini merupakan kaedah rawatan alternatif berbentuk thermal therapy (pemanasan suhu) yang boleh membantu merawati, memulihkan serta mempertingkatkan aliran peredaran darah di dalam tubuh badan.

Cara FIR bertindak ialah melalui proses-proses berikut: 
  • FIR menembusi kulit. 
  • Tindakbalas resonan ke atas molekul air. 
  • Molekul bergetar lebih kuat. 
  • Lebih banyak tenaga digunakan. 
  • Lebih haba dihasilkan. 
  • Salur darah mengembang. 
  • Perjalanan darah lebih lancar. 
  • Penghantaran nutrien dan pembuangan toksid lebih efisyen. 
  • Sel-sel menjadi lebih aktif. 
  • Badan menjadi lebih segar, cergas & ceria (sihat).
FIR juga akan membantu anda: 
  • Membantu membetulkan dan memulihkan sistem saraf. 
  • Membantu membetulkan saluran darah dan arteri. 
  • Membantu membetulkan dan memulihkan sistem pernafasan. 
  • Membantu meningkatkan kadar metabolisme. 
  • Membantu mengurangkan LEMAK, bahan kimia dan toksin, kandungan asid dalam darah. 
  • Membantu mengeluarkan peluh asid dalam tubuh badan. 
  • Membantu menggalakkan tumbesaran lebih teratur dan sempurna. 
  • Membantu mencegah pertumbuhan bakteria.

Lifetime Warranty 
Jika terdapat sebarang kerosakan pada produk, ianya boleh dihantar semula untuk dibaik pulih secara percuma sepanjang hayat. (Contoh: terkoyak, cangkuk tercabut, tetulang patah dan sebagainya). 

Pengiktirafan Superbrand Product 
Produk PB ini telah mendapat pengiktirafan SUPERBRAND kerana mencatatkan jualan tertinggi di pasaran dan mendapat komen kepuasan dari pelanggan yang semakin bertambah dari hari ke hari. Cubalah sendiri untuk merasakan keberkesanannya!

♥USHZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...